JOM BUAT DUIT...KLIK AJER

Tuesday, March 5, 2013

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


Cara : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

Tuesday, September 25, 2012

ALPHA LIPID SD2 : Slim Diet 2 (SD2) Formula Berat Badan Yang Pantas & Tanpa Perlu Berlapar


SDII adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SDII juga bukanlah ‘meal replacement’ dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah ‘meal supplement’ dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

PROTIN
Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bah
agian tubuh badan manusia yang terpenting sekali. Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

‘Protein Sparing Modified Fast’ (Ketogenic Diet)
  • SDII berkonsepkan Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci oleh Dr George Cahill dan Dr George Blackburn.

  • Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut. Kini, dengan SDII anda boleh menurunkan berat badan secara sihat semulajadi, pantas serta berkesan.
Kandungan yang terdapat di dalam 1tin Slim Diet 2
  • Campuran komprehensif ( 75 % ) protein soya non GMO yang diasingkan, serat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral, (9 asid amino utama, 11 vitamin, 12 mineral). Rasa Slim Diet 2 seperti Kacang Soya Pekat.

Tips untuk program diet ini, anda memerlukan:
'1 GRAM PROTIN = SETIAP 1 KILOGRAM BERAT BADAN IDEAL ANDA'
  • Contohnya: Jika berat badan anda ialah 85 kg, sedangkan berat badan ideal anda seharusnya 70 kg, maka anda perlukan hanya 70 gram protin sahaja setiap hari. Dalam program ini, anda perlu untuk mengambil 4 gelas air bersama 2 skup penuh SDII (yang memberikan 40 gram protin). Selebihnya anda perlu mengambil 30 gram protin lagi dari makanan harian anda.


Kelebihan SDII Berbanding Produk Lain:




Bagaimana SDII bertindak?




Badan anda mempunyai dua sumber tenaga:
  • Makanan yang anda makan
  • Lemak terkumpul di dalam badan
  • Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula dan kanji), lemak badan secara semulajadi menjadi rosak dan menjadi tenaga.
  • Kandungan karbohidrat yang mencetuskan pemecahan lemak dipanggil Critical Carbohydrate Level (CCL). Apabila lemak rosak, ketones dihasilkan dan pembinaan ini dipanggil ketosis.
  • Ketones boleh diukur dgn menggunakan jalur ujian air kencing KETO STICKS (lihat gambar dibawah).
  • Kandungan SDII yang baik ini berfungsi mempercepatkan proses pembakaran lemak dan juga mencegah rasa lapar yang keterlaluan.




Pastikan bacaan adalah berwarna 'pink' (merah jambu)


UJIAN AIR KENCING JALUR KETOSTIX
Warna Putih / Tiada =Pengambilan karbohidrat terlalu tinggi untuk menggalakkan pemecahan lemak.
Warna Pink = Bacaan Ideal yang menunjukkan berlaku pembakaran lemak.
Warna Ungu = Perlu menambahkan pengambilan karbohidrat dan air.
(Waktu yang paling sesuai melakukan ujian adalah seawal waktu pagi. Jalur ketostix mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna.)
Kehebatan Program SDII:
  1. Diet sihat bagi menurunkan berat badan secara semulajadi
  2. Melangsingkan tubuh dan mendapat bentuk badan yang ideal
  3. Kawalan berat badan untuk jangka masa panjang yang baik dan menyihatkan.
  4. Tak rasa penat (menyediakan bahan kandungan yang lengkap dan mencukupi seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin, mineral dan elemen-elemen yang diperlukan tubuh secara seimbang)
  5. Mengekalkan struktur kulit yang asal dan cantik (tiada geleber-geleber)
  6. Menghapuskan kandungan lemak yang terkumpul
  7. Tiada rasa lapar
  8. Tiada kesan yang memudaratkan
  9. Berkesan dan selamat
  10. Halal
Program Penurunan Berat Badan Bersama SDII.
Melalui kaedah penurunan berat badan SDII ini, anda akan melalui proses ke arah keberjayaan yang optimum dengan :
  • Pemakanan yang seimbang dengan keperluan tubuh
  • Mengawal pengambilan makan yang ideal dan mudah
  • Menenalpasti karbohidrat dan kawalannya
Kelebihan dan Kebaikan Kepada Pengguna SDII:
  • Pembuangan lemak pada tubuh badan secara kekal.
  • Membantu mengurangkan paras kolestrol pada sistem badan.
  • Mengurangkan paras gula dalam tubuh serta membantu mengawal diabetes.
  • Membaiki sel-sel tubuh kearah sel yang lebih sihat dan kuat untuk sistem tubuh badan manusia.
  • Memberi tenaga dan membantu pemulihan tenaga agar kita sentiasa segar dan berdaya menjalankan kegiatan harian.
Ciri-Ciri Istimewa penurunan berat badan SDII
  • Penurunan berat badan pada kadar 250gm—500gm setiap hari.
  • Penambahan tenaga pada setiap 500g lemak yang dibakar dan menjadikan tenaga kepada 3000 kalori.
  • Dibuktikan melalui rekod dunia dengan penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.
  • Tidak perlu berlapar. Amalkan aturan pemakan biasa seperti sarapan pagi, makan tengahari dan malan malam.
  • Kandungan Protein yang tinggi dengan multi-vitamin, mineral dan e
  • lemen-elemen kesihatan yang lain serta seimbang.
  • Membantu memulihkan masalah kesihatan yang lain seperti diabete, hypertension dan juga mengurangkan paras kolestrol pada tubuh badan.
  • Mudah serta berkesan.
  • Tidak memerlulkan belanja yang tinggi serta menjimatkan wang anda. JIMATKAN WANG ANDA.
Cara Guna

Plan Yang Mudah Diikuti
Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..
SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 – 250 ml air sejuk.
DUA - Kurangkan makanan Karbohidrat dan berGULA.
TIGA – Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran dan makanan berprotein. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

Pengambilan buah-buahan adalah TIDAK DIBENARKAN semasa:)
menjalani program ini kerana kandungan fruktosa dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 – 35 gram. Selain itu anda dinasihatkan minum 8 gelas sehari untuk menggantikan terus-menerus cairan di dalam tubuh.

KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII DI JALANKAN ?

Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:


Bagi memberi kesan yang lebih maksimum anda disarankan mengurangkan diet karbohidrat, berlemak dan menambahkan diet protein. Apabila badan kita kurang sumber-sumber2 ini, maka dengan semulajadinya pembakaran lemak yang disimpan dibadan kita akan dibakar oleh metabolisme badan. Kita juga memerlukan protein yang cukup untuk menggantikan sel-sel yang telah mati. SDII akan bertindak sebagai catalyst atau penggalak pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat.
Saranan saya disini, produk pelangsingan di pasaran memang terlalu banyak membuatkan kita selalu keliru dan rata-rata ingin kesan yang cepat. Yang penting adalah
anda perlu bijak memilih dan pilihan anda haruslah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan.

Apa yang paling penting adalah disiplin diri dan kesetiaan kepada program.


TIDAK ADA HALANGAN UNTUK MAKAN CUMA PILIH MENU MAKANAN DENGAN BIJAK.

Kunci & Rahsia Menurunkan Berat Badan dengan cepat dan kelihatan cantik
Untuk Keputusan maksimum anda perlu mengambil:
  • 4 Hidangan Slim Diet II
  • 3 Hidangan makanan yang sehat dan bergizi
  • 3-5 Hidangan makanan berprotein
  • 8 gelas air sehari
  • Bersenam (seperti 20 minit berjalan, 3 kali seminggu)
Protein Yang Mencukupi : Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.

Senaman Yang Mencukupi : Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti berenang.


MENU CADANGAN BAGI DIET SDII


Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

Penting: Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.

SARAPAN PAGI:
Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana
Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.

MAKAN TENGAHARI:

Menu 1 Minuman SDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
Menu 2 Minuman SDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
Menu 3 Minuman SDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
Menu 4 Minuman SDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 5 Minuman SDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
Menu 6 Minuman SDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
Menu 7 Minuman SDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.

MAKAN MALAM
Menu 1 Minuman SDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
Menu 2 Minuman SDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
Menu 3 Minuman SDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging
kisar, serta sayur bayam.
Menu 4 Minuman SDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
Menu 5 Minuman SDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 6 Minuman SDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
Menu 7 Minuman SDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.

SEBELUM TIDUR, AKHIR SEKALI MINUM SEGELAS SDII.
PERHATIAN:
  • Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
  • Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.












ALPHA LIPID SD2 : Berdiet Tanpa Berlapar Dengan Alpha Lipid SD2



Antara produk terhebat masa kini!!
Dengan kesan 2 kali ganda lebih POWER!! dari produk lama slim diet 2...


ALPHA LIPID SD2 dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan pantas sebanyak 5kg seminggu dengan hanya 1 tin sahaja.....

Jangan percaya! selagi anda belum lagi mencubanya.... ;)

Hubungi kami jika anda sudah bersedia - 012 6039035

Saturday, September 22, 2012

wedding caremony : Ira & Ikhmal



kawan yg sama susah dan senang semasa kteorg study dulu, awal sem dari 1st sem till final sem...

hopefully kekal selamanye..... 

membina lemak : sushi king

sushi dan En Suami.... masa berhujung minggu bersama En Suami.... :)

Thursday, August 2, 2012

Supplement_BLACKMORES

Blackmores Multi Vitamin + Mineral & Blackmores Bio Zink




Ini adalah supplement yang saya ambil hari2,Blackmores Multi Vitamin + Mineral dan juga Blackmores Bio Zink, memang sangat bagus dijadikan sebagai makanan diet, jgn salah faham ye bukan untuk diet tapi untuk dijadikan sebagai pengambilan "makanan tambahan". 


1) Blackmores Multi Vitamin + Mineral supplement ni saya ambil untuk mengelakkan saya dari rasa letih, so bila amik takdelah rasa penat sangat2 dalam seharian lagi2 dalam waktu bekerja, supplement ni pon sesuai juga untuk student. ia juga bole mengelakkan dari terkena selsema ye...kira ada energy melawan penyakit la... :)  

2) Blackmores Bio Zink supplement ni pula saya ambil adalah untuk kulit sebab saya ada masalah resdung dan jerawat naik dengan jayanye... so bila jerawat tu da xde, tinggal pulak parut dan menampakkan kulit saya lagi menjadi kusam dan tak sihat. bukan muka je tp kulit di seluruh badan, tak boleh kena panas...nanti jadi kering dan gatal sangat2, lagi2 kat bahagian tangan. Jadi bagi mengelakkan kulit dari jadi tak sihat, saya ambil supplement ni.





Nak tau lebih lanjut tahap kesihatan dia jom baca entry kt bawah ni... 


Blackmores Multi Vitamin + Mineral : Membantu dalam meningkatan kesihatan dan menangani kekurangan vitamin dan mineral dalam badan. Ia sangat sesuai dijadikan  "pemakanan seimbang" apabila diet tidak mencukupi.


Blackmores Bio Zink : Membantu dalam memelihara kulit yang sihat dan bermanfaat untuk membaiki kulit dan membantu mengekalkan fungsi imun yang sihat.

Friday, July 6, 2012

Tips : Penjagaan Rambut Bagi Yang ‘berhijab’


Bagi yang bertudung penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting. Ini kerana keadaan rambut yang tidak terkena udara dalam tempoh yang lama boleh merosakkan keadaan kesihatan rambut. 






Berikut merupakan beberapa tips bagi penjagaan rambut yang sihat buat si pemakai tudung.
  1. Rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga kali sehari. Syampu yang digunakan hendaklah besesuaian dengan jenis rambut anda.
  2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan terdahulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.
  3. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawatlah rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.
  4. Pemilihan tudung dari material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.


Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah, kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS



Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. 
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:


* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.


* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.


* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.


* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.


Tips : Penjagaan Rambut

Setiap wanita pasti mengimpikan rambut yang sihat,cantik dan bersinar. Rambut walaupun pendek mahupun panjang tetap akan kelihatan cantik jika sihat dan dijaga rapi. Rambut yang cantik dan sihat bergantung kepada diet yang seimbang. Diet yang tidak seimbang menyebabkan rambut kering, kusam dan gugur.












Berikut adalah tips-tips yang berguna yang anda boleh ikuti untuk mendapat rambut yang sihat dan cantik.




Tips 1
Jangan bergantung kepada alat pengering rambut kerana udara panas dari alat tersebut menyebabkan kekeringan pada batang rambut. Jangan terlalu kerap menggunakannya kecuali pada waktu tertentu sahaja contohnya seperti menghadiri majlis dan sebagainya.




Tips 2
Sinar matahari juga boleh menyebabkan rambut rosak dan kering. Gunakanlah topi, tudung atau payung untuk melindungi rambut anda jika anda melakukan aktiviti di luar.




Tips 3
Lakukan trim rambut sekurang-kurangnya 3 bulan sekali di salun rambut untuk memotong hujung rambut yang kering.




Tips 4
Rambut yang basah harus ditangani dengan berhati-hati. Teksturnya lebih rapuh, mudah patah dan bercabang. Elakkan dari menyikat, menggosok dengan tuala, atau mengikat rambut apabila anda selesai mensyampu rambut. Tunggulah sehingga rambut anda benar-benar kering.




Tips 5
Apabila anda teringin untuk mewarna rambut, pilihlah produk pewarna yang formulanya selamat serta mampu melindungi rambut. Sila merujuk kepada pakar rambut untuk meminta nasihat.




Tips 6
Gunakan syampu yang sesuai dengan kondisi rambut anda agar terhindar daripada kerosakan. Untuk rambut kering, gunakan syampu yang mengandungi 'ceramide' untuk melembab dan menguatkan rambut.




Tips 7
Manakala untuk rambut normal, pilihlah syampu rambut yang mengandungi vitamin E dan B, agar nampak lebih sihat dan bermaya.




Tips 8
Untuk rambut berkelemumur pilihlah syampu yang mengandungi mentol atau zink yang ringan. Tetapi berhati-hatilah kerana formula yang terdapat pada semua syampu anti kelemumur tidak sesuai untuk rambut yang diwarnakan.




Tips 9
Rambut yang diwarnakan perlu dilindungi daripada akar hingga ke hujung rambut. Jika rambut anda sememangnya sudah rosak dan sangat kering, kembalikan keadaannya dengan syampu perawatan yang banyak mengandungi protein dan pelembab.




Tips 10
Apa pun jenis rambut anda. pelembab dan perapi tetap diperlukan. Gunakan perapi ketika bersyampu. Memakai perapi cukup sekadar menyapunya pada rambut, bukan di gosokkan pada kulit kepala. Bilaslah sehingga benar benar bersih agar tidak memancing kelemumur. Sebagai pelengkap lakukan perawatan rambut di salun secara rutin.




sumber : sunsilk/wanita

Rambut

RAMBUT SIHAT
Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri. Betul kannn…









MAKANAN UNTUK RAMBUT?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!


PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL
Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:


  • Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
  • Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
  • Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan,  meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
  • Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
  • Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
  • Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.


Adakan Ini Benar?

Mitos 1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat.

Benar/Palsu? Palsu.
  •          Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai syampu
  •            Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.


Mitos 2: Mengambil pil dan herba rawatan rambut akan membantu rambut saya menjadi sihat.

Benar/Palsu? Palsu.
  • Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.








Ketahui Kebenaran Demi Makhkotamu
Rambut merupakan mahkota buat setiap wanita. Tidak kiralah kerinting mahupun lurus, pendek mahupun panjang, penampilan seseorang pasti lebih menarik apabila memiliki rambut yang cantik dan sihat.
Namun dalam usaha memperoleh rambut sihat ini, sering kali terdengar tentang info-info yang mengelirukan, entah betul atau sekadar cakap-cakap kosong. Antaranya seperti di bawah ini :

1. Rambut tebal jika kerap dipotong
Ramai beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong.
Buat pengetahuan anda, akar rambut tumbuh di dalam kulit. Memotong rambut lebih kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutama bagi yang menghadapi masalah rambut bercabang. Pun begitu, kerap memotong rambut tidak bermakna rambut akan tumbuh lebih cepat atau tebal.

2. Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya.
Meskipun sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang.
Justeru, bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau merapikan bahagian rambut yang bercabang.

3. Bersih rambut setiap hari punca rambut kering
Tidak ada peraturan tentang berapa kerap sepatutnya anda bersyampu mencuci rambut, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor. Sebagai contoh, andai anda memiliki kulit kepala dan rambut jenis kering, jika anda membersihkan setiap hari maka itu membuatkan rambut menjadi kering, kecuali jika anda menggunakan perapi selepas mencuci.
Sebaliknya, seseorang dengan rambut berminyak, tiada masalah jika sering membersihkan rambut. Begitu juga dengan mereka yang gemar bersenam setiap hari. Rambut perlu dibersihkan lebih kerap kerana ketika bersenam, tubuh termasuk kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak peluh sehingga kulit kepala dan rambut akan lembap.
Oleh itu, bukan kekerapan membersihkan rambut yang menjadi persoalan, sebaliknya jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut perlu dibersihkan.

4. Rambut berubah warna kerana syampu
Syampu merupakan pencuci yang diformulasi untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan sabun setiap hari tidak akan mengubah warna kulit kepada warna kelabu, begitu juga dengan penggunaan syampu - tidak akan membuat rambut bertukar kepada warna kelabu.
Punca rambut berubah warna mungkin disebabkan oleh faktor genetik, hormon, dan pengambilan zat yang tidak seimbang. Misalnya, disebabkan oleh kekurangan vitamin. Penggunaan syampu juga bukan bermakna rambut anda kekal sihat sentiasa.
Rambut merupakan unsur mati, zat yang dihasilkan oleh rambut disebut keratin. Syampu berfungsi hanya untuk membersihkan rambut dan kulit kepala semata-mata. Ia tidak ada kaitan secara langsung dengan sistem imunisasi tubuh.
Jika anda sudah menemui syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut, sebaiknya kekalkan ia dan tidak perlu untuk bertukar-tukar semata-mata mahukan kelainan.

5. Penggunaan perapi tidak berkesan
Kebanyakan perapi yang disapu pada rambut akan dicuci semula hingga ada beranggapan ia tidak mendatangkan sebarang kesan kerana dibersihkan. Perapi bertujuan menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur.
Kebanyakan perapi digunakan setelah selesai mencuci rambut dengan syampu. Selepas beberapa minit dibiarkan pada rambut, perapi akan dibilas, namun dalam tempoh tersebut, ia sudah berfungsi secara optimum. Ini kerana fungsinya membantu membuatkan rambut lebih mudah diatur, lebih bersinar dan lembut sudah tercapai.

6. Uban tumbuh lebih banyak jika dicabut
Ramai beranggapan, apabila mencabut rambut yang beruban, maka ia akan menyebabkan lebih banyak uban yang akan tumbuh. Ini sama sekali tidak benar memandangkan setiap rambut memiliki satu folikel. Mencabut satu helai rambut tidak akan mempengaruhi lainnya. Jadi, apabila anda melihat rambut beruban, jangan takut untuk mencabutnya.

7. Tidur dengan rambut basah penyebab kelemumur
Keadaan yang memudahkan kelemumur tumbuh adalah lembap, berminyak dan panas. Ada beranggapan, tidur dengan rambut baru disyampu dan masih lembap akan menyebabkan kelemumur.
Masalah pada rambut disebabkan diri tidak mementingkan kesihatan dan penjagaan rambut iaitu tidak membersihkan rambut selama berhari hari. Ini akan menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak akibat timbunan minyak yang tidak dibersihkan selama berhari-hari sehingga menimbulkan masalah kelemumur dan sebagainya lagi.

8. Produk penjagaan rambut di spa sama seperti di pasaran
Produk penjagaan rambut di salun kecantikan rambut dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh, salun menyediakan produk khusus untuk merawat rambut berwarna.
Seperti penambahan ekstra serum pada produk dan juga perapi. Manakala produk syampu yang biasa di pasaran adalah untuk kegunaan umum dan tidak terhad untuk tujuan tertentu. Justeru, tidak benar andai dikatakan produk syampu di salun sama bahan dan fungsi seperti mana syampu biasa di pasaran.

9. Produk dengan label semula jadi bebas bahan kimia
Sebetulnya, apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan semula jadi adalah bahan tersebut biasa anda guna ketika di dapur atau ada di kebun. Label yang ada pada sesuatu produk kononnya menggunakan bahan semula jadi adalah semata-mata untuk menarik perhatian. Di dalam syampu misalnya, tetap memerlukan pewarna, bahan pencuci dan sebagainya dan yang pasti ia bukan bahan semula jadi.

10. Rambut nipis lebih mudah rosak
Rambut rosak sebenarnya disebabkan oleh cara menyisir yang salah dan bukannya atas sebab tipis atau tebalnya rambut. Bahkan, penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyisir rambut juga boleh menyebabkan rambut bercabang dan lebih serius lagi ia akan mengalami kerosakan.
Menyisir dengan cara yang salah, terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak. Tetapi, jika anda menyisir rambut mengikut kaedah yang tepat iaitu dengan cara yang lembut, maka rambut tidak mudah rosak.