JOM BUAT DUIT...KLIK AJER

Monday, May 28, 2012

Kenali Jenis Kulit

Ramai golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang mampu memberikan kesan mujarab.

Lebih-lebih lagi komen yang diberikan oleh setiap jurujual berbeza tentang jenis kulit yang dimiliki. Hakikatnya kebanyakkan petugas produk kecantikan ini lebih menumpukan untuk menjual produk mereka berbanding untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Jenis kulit muka boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma. Kulit muka bolah dikelaskan kepada empat jenis iaitu kulit kering, berminyak, normal dan kombinasi. Oleh itu harus diingat bahawa jenis kulit muka boleh berubah menigkut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.
Justeru, kulit muka kita tidak akan sama bagi 3 tahun lalu atau 3 tahun akan datang. Apa yang perlu ialah kita melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa. Penjagaan kulit hanya memerlukan pencucian yang lembut.



 Kulit Normal

Jumlah minyak semulajadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini mengandungi kandungan air yang cukup.


Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang licin. Pada sebelah tengahari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.


Penjagaan kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda kemerahan. Gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari jemari menghala ke atas.




Kulit Kering
 
Menghasilkan kurang sebum yang menyebabkan muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakkan masa akan kelihatan raut wajah anda yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau tidak kelihatan. Kulit ini juga akan sesekali mengelupas dan kadangkala memberi kesan kurang selesa.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian cuci dengan air sejuk. Pastikan menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.






Kulit Berminyak

Ia seringkali dibenci remaja termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan kulit. Liang romanya yang besar dan mudah untuk mendapat jerawat di muka. Bahagian hidung adalah yang paling aktif.


Penjagaannya cukup mudah. Selepas menggunakan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.








Kulit Kombinasi



Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang kering dan berminyak. Tempat yang biasanya kering ialah kedua-dua belah pipi dan berminyak di zon T.


Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang dengan masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di sebelah pagi dan krim pelembap di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.


Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Akhiri dengan menyapu krim pelembap pada keseluruhan bahagian muka dan di bahagian yang kering.
 

Sunday, May 20, 2012

Jangan Letih Mencintaiku

Apakah kau mengerti
Betapaku ingin 
Memandangmu
Walau sejenak 
Untuk hati ini


Apakah kau engerti
Betapa ku ingin 
Menantimu
Hingga kau mampu
Berikan hatimu


Jadilah kau bintang hati ku
Terangilah sluruh jalanku
Jangan kau letih mencintaiku
Hingga di hujung usia ku


Apakah kau mengerti
Betapa ku ingin 
Memandangmu 
Walau sejenak 
Untuk hati ini


Aku tenggelam
Pada yang terindah
Dan semakin dalam 
yang ku rasa


Jadilah kau bintang hatiku
Terangilah sluruh jalanku
Dan jangan kau letih mencintaiku
Hingga di ujung usiaku