RAMBUT SIHAT
Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri. Betul kannn…
MAKANAN UNTUK RAMBUT?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!

PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL
Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:
- Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
- Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
- Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
- Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
- Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
- Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.
Adakan Ini Benar?
|
Benar/Palsu? Palsu.
Mitos 2: Mengambil pil dan herba rawatan rambut akan membantu rambut saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu.
|
Ketahui
Kebenaran Demi Makhkotamu
Rambut
merupakan mahkota buat setiap wanita. Tidak kiralah kerinting mahupun lurus,
pendek mahupun panjang, penampilan seseorang pasti lebih menarik apabila
memiliki rambut yang cantik dan sihat.
Namun
dalam usaha memperoleh rambut sihat ini, sering kali terdengar tentang
info-info yang mengelirukan, entah betul atau sekadar cakap-cakap kosong.
Antaranya seperti di bawah ini :
1.
Rambut tebal jika kerap dipotong
Ramai beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong.
Ramai beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong.
Buat
pengetahuan anda, akar rambut tumbuh di dalam kulit. Memotong rambut lebih
kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutama bagi yang menghadapi masalah
rambut bercabang. Pun begitu, kerap memotong rambut tidak bermakna rambut akan
tumbuh lebih cepat atau tebal.
2.
Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya.

Meskipun
sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun
tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang.
Justeru,
bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau
merapikan bahagian rambut yang bercabang.
3.
Bersih rambut setiap hari punca rambut kering
Tidak ada peraturan tentang berapa kerap sepatutnya anda bersyampu mencuci rambut, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor. Sebagai contoh, andai anda memiliki kulit kepala dan rambut jenis kering, jika anda membersihkan setiap hari maka itu membuatkan rambut menjadi kering, kecuali jika anda menggunakan perapi selepas mencuci.

Sebaliknya,
seseorang dengan rambut berminyak, tiada masalah jika sering membersihkan
rambut. Begitu juga dengan mereka yang gemar bersenam setiap hari. Rambut perlu
dibersihkan lebih kerap kerana ketika bersenam, tubuh termasuk kulit kepala
akan mengeluarkan lebih banyak peluh sehingga kulit kepala dan rambut akan
lembap.
Oleh
itu, bukan kekerapan membersihkan rambut yang menjadi persoalan, sebaliknya
jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut
perlu dibersihkan.
4.
Rambut berubah warna kerana syampu
Syampu merupakan pencuci yang diformulasi untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan sabun setiap hari tidak akan mengubah warna kulit kepada warna kelabu, begitu juga dengan penggunaan syampu - tidak akan membuat rambut bertukar kepada warna kelabu.

Punca
rambut berubah warna mungkin disebabkan oleh faktor genetik, hormon, dan
pengambilan zat yang tidak seimbang. Misalnya, disebabkan oleh kekurangan
vitamin. Penggunaan syampu juga bukan bermakna rambut anda kekal sihat
sentiasa.
Rambut
merupakan unsur mati, zat yang dihasilkan oleh rambut disebut keratin. Syampu
berfungsi hanya untuk membersihkan rambut dan kulit kepala semata-mata. Ia
tidak ada kaitan secara langsung dengan sistem imunisasi tubuh.
Jika
anda sudah menemui syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut, sebaiknya
kekalkan ia dan tidak perlu untuk bertukar-tukar semata-mata mahukan kelainan.
5.
Penggunaan perapi tidak berkesan
Kebanyakan perapi yang disapu pada rambut akan dicuci semula hingga ada beranggapan ia tidak mendatangkan sebarang kesan kerana dibersihkan. Perapi bertujuan menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur.

Kebanyakan
perapi digunakan setelah selesai mencuci rambut dengan syampu. Selepas beberapa
minit dibiarkan pada rambut, perapi akan dibilas, namun dalam tempoh tersebut,
ia sudah berfungsi secara optimum. Ini kerana fungsinya membantu membuatkan
rambut lebih mudah diatur, lebih bersinar dan lembut sudah tercapai.
6.
Uban tumbuh lebih banyak jika dicabut
Ramai beranggapan, apabila mencabut rambut yang beruban, maka ia akan menyebabkan lebih banyak uban yang akan tumbuh. Ini sama sekali tidak benar memandangkan setiap rambut memiliki satu folikel. Mencabut satu helai rambut tidak akan mempengaruhi lainnya. Jadi, apabila anda melihat rambut beruban, jangan takut untuk mencabutnya.

7.
Tidur dengan rambut basah penyebab kelemumur
Keadaan yang memudahkan kelemumur tumbuh adalah lembap, berminyak dan panas. Ada beranggapan, tidur dengan rambut baru disyampu dan masih lembap akan menyebabkan kelemumur.
Keadaan yang memudahkan kelemumur tumbuh adalah lembap, berminyak dan panas. Ada beranggapan, tidur dengan rambut baru disyampu dan masih lembap akan menyebabkan kelemumur.
Masalah
pada rambut disebabkan diri tidak mementingkan kesihatan dan penjagaan rambut
iaitu tidak membersihkan rambut selama berhari hari. Ini akan menyebabkan
keadaan kulit kepala menjadi berminyak akibat timbunan minyak yang tidak
dibersihkan selama berhari-hari sehingga menimbulkan masalah kelemumur dan
sebagainya lagi.
8.
Produk penjagaan rambut di spa sama seperti di pasaran
Produk penjagaan rambut di salun kecantikan rambut dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh, salun menyediakan produk khusus untuk merawat rambut berwarna.
Produk penjagaan rambut di salun kecantikan rambut dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh, salun menyediakan produk khusus untuk merawat rambut berwarna.
Seperti
penambahan ekstra serum pada produk dan juga perapi. Manakala produk syampu
yang biasa di pasaran adalah untuk kegunaan umum dan tidak terhad untuk tujuan
tertentu. Justeru, tidak benar andai dikatakan produk syampu di salun sama
bahan dan fungsi seperti mana syampu biasa di pasaran.
9.
Produk dengan label semula jadi bebas bahan kimia
Sebetulnya, apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan semula jadi adalah bahan tersebut biasa anda guna ketika di dapur atau ada di kebun. Label yang ada pada sesuatu produk kononnya menggunakan bahan semula jadi adalah semata-mata untuk menarik perhatian. Di dalam syampu misalnya, tetap memerlukan pewarna, bahan pencuci dan sebagainya dan yang pasti ia bukan bahan semula jadi.

10.
Rambut nipis lebih mudah rosak
Rambut rosak sebenarnya disebabkan oleh cara menyisir yang salah dan bukannya atas sebab tipis atau tebalnya rambut. Bahkan, penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyisir rambut juga boleh menyebabkan rambut bercabang dan lebih serius lagi ia akan mengalami kerosakan.

Menyisir
dengan cara yang salah, terutama pada bahagian rambut yang tipis akan
menyebabkan rambut lebih mudah rosak. Tetapi, jika anda menyisir rambut
mengikut kaedah yang tepat iaitu dengan cara yang lembut, maka rambut tidak
mudah rosak.
No comments:
Post a Comment