JOM BUAT DUIT...KLIK AJER

Friday, July 6, 2012

Tips : Penjagaan Rambut Bagi Yang ‘berhijab’


Bagi yang bertudung penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting. Ini kerana keadaan rambut yang tidak terkena udara dalam tempoh yang lama boleh merosakkan keadaan kesihatan rambut. 






Berikut merupakan beberapa tips bagi penjagaan rambut yang sihat buat si pemakai tudung.
  1. Rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga kali sehari. Syampu yang digunakan hendaklah besesuaian dengan jenis rambut anda.
  2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan terdahulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.
  3. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawatlah rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.
  4. Pemilihan tudung dari material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.


Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah, kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS



Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. 
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:


* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.


* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.


* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.


* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.


Tips : Penjagaan Rambut

Setiap wanita pasti mengimpikan rambut yang sihat,cantik dan bersinar. Rambut walaupun pendek mahupun panjang tetap akan kelihatan cantik jika sihat dan dijaga rapi. Rambut yang cantik dan sihat bergantung kepada diet yang seimbang. Diet yang tidak seimbang menyebabkan rambut kering, kusam dan gugur.












Berikut adalah tips-tips yang berguna yang anda boleh ikuti untuk mendapat rambut yang sihat dan cantik.




Tips 1
Jangan bergantung kepada alat pengering rambut kerana udara panas dari alat tersebut menyebabkan kekeringan pada batang rambut. Jangan terlalu kerap menggunakannya kecuali pada waktu tertentu sahaja contohnya seperti menghadiri majlis dan sebagainya.




Tips 2
Sinar matahari juga boleh menyebabkan rambut rosak dan kering. Gunakanlah topi, tudung atau payung untuk melindungi rambut anda jika anda melakukan aktiviti di luar.




Tips 3
Lakukan trim rambut sekurang-kurangnya 3 bulan sekali di salun rambut untuk memotong hujung rambut yang kering.




Tips 4
Rambut yang basah harus ditangani dengan berhati-hati. Teksturnya lebih rapuh, mudah patah dan bercabang. Elakkan dari menyikat, menggosok dengan tuala, atau mengikat rambut apabila anda selesai mensyampu rambut. Tunggulah sehingga rambut anda benar-benar kering.




Tips 5
Apabila anda teringin untuk mewarna rambut, pilihlah produk pewarna yang formulanya selamat serta mampu melindungi rambut. Sila merujuk kepada pakar rambut untuk meminta nasihat.




Tips 6
Gunakan syampu yang sesuai dengan kondisi rambut anda agar terhindar daripada kerosakan. Untuk rambut kering, gunakan syampu yang mengandungi 'ceramide' untuk melembab dan menguatkan rambut.




Tips 7
Manakala untuk rambut normal, pilihlah syampu rambut yang mengandungi vitamin E dan B, agar nampak lebih sihat dan bermaya.




Tips 8
Untuk rambut berkelemumur pilihlah syampu yang mengandungi mentol atau zink yang ringan. Tetapi berhati-hatilah kerana formula yang terdapat pada semua syampu anti kelemumur tidak sesuai untuk rambut yang diwarnakan.




Tips 9
Rambut yang diwarnakan perlu dilindungi daripada akar hingga ke hujung rambut. Jika rambut anda sememangnya sudah rosak dan sangat kering, kembalikan keadaannya dengan syampu perawatan yang banyak mengandungi protein dan pelembab.




Tips 10
Apa pun jenis rambut anda. pelembab dan perapi tetap diperlukan. Gunakan perapi ketika bersyampu. Memakai perapi cukup sekadar menyapunya pada rambut, bukan di gosokkan pada kulit kepala. Bilaslah sehingga benar benar bersih agar tidak memancing kelemumur. Sebagai pelengkap lakukan perawatan rambut di salun secara rutin.




sumber : sunsilk/wanita

Rambut

RAMBUT SIHAT
Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda berasa sihat dan yakin pada diri sendiri. Betul kannn…









MAKANAN UNTUK RAMBUT?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!


PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL
Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:


  • Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
  • Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
  • Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan,  meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
  • Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
  • Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
  • Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.


Adakan Ini Benar?

Mitos 1: Membubuh susu pada rambut saya akan menjadikannya lebih berkilat.

Benar/Palsu? Palsu.
  •          Susu harus diminum, bukan digunakan sebagai syampu
  •            Makanlah dengan sihat dan seimbang untuk mendapatkan rambut yang sihat.


Mitos 2: Mengambil pil dan herba rawatan rambut akan membantu rambut saya menjadi sihat.

Benar/Palsu? Palsu.
  • Bahan-bahan ini tidak menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sebaliknya, pil-pil yang mempunyai kandungan vitamin A dan E yang amat tinggi, jika diambil untuk jangka masa yang lama, boleh menyebabkan keguguran rambut.








Ketahui Kebenaran Demi Makhkotamu
Rambut merupakan mahkota buat setiap wanita. Tidak kiralah kerinting mahupun lurus, pendek mahupun panjang, penampilan seseorang pasti lebih menarik apabila memiliki rambut yang cantik dan sihat.
Namun dalam usaha memperoleh rambut sihat ini, sering kali terdengar tentang info-info yang mengelirukan, entah betul atau sekadar cakap-cakap kosong. Antaranya seperti di bawah ini :

1. Rambut tebal jika kerap dipotong
Ramai beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong.
Buat pengetahuan anda, akar rambut tumbuh di dalam kulit. Memotong rambut lebih kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutama bagi yang menghadapi masalah rambut bercabang. Pun begitu, kerap memotong rambut tidak bermakna rambut akan tumbuh lebih cepat atau tebal.

2. Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya.
Meskipun sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang.
Justeru, bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau merapikan bahagian rambut yang bercabang.

3. Bersih rambut setiap hari punca rambut kering
Tidak ada peraturan tentang berapa kerap sepatutnya anda bersyampu mencuci rambut, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor. Sebagai contoh, andai anda memiliki kulit kepala dan rambut jenis kering, jika anda membersihkan setiap hari maka itu membuatkan rambut menjadi kering, kecuali jika anda menggunakan perapi selepas mencuci.
Sebaliknya, seseorang dengan rambut berminyak, tiada masalah jika sering membersihkan rambut. Begitu juga dengan mereka yang gemar bersenam setiap hari. Rambut perlu dibersihkan lebih kerap kerana ketika bersenam, tubuh termasuk kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak peluh sehingga kulit kepala dan rambut akan lembap.
Oleh itu, bukan kekerapan membersihkan rambut yang menjadi persoalan, sebaliknya jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut perlu dibersihkan.

4. Rambut berubah warna kerana syampu
Syampu merupakan pencuci yang diformulasi untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan sabun setiap hari tidak akan mengubah warna kulit kepada warna kelabu, begitu juga dengan penggunaan syampu - tidak akan membuat rambut bertukar kepada warna kelabu.
Punca rambut berubah warna mungkin disebabkan oleh faktor genetik, hormon, dan pengambilan zat yang tidak seimbang. Misalnya, disebabkan oleh kekurangan vitamin. Penggunaan syampu juga bukan bermakna rambut anda kekal sihat sentiasa.
Rambut merupakan unsur mati, zat yang dihasilkan oleh rambut disebut keratin. Syampu berfungsi hanya untuk membersihkan rambut dan kulit kepala semata-mata. Ia tidak ada kaitan secara langsung dengan sistem imunisasi tubuh.
Jika anda sudah menemui syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut, sebaiknya kekalkan ia dan tidak perlu untuk bertukar-tukar semata-mata mahukan kelainan.

5. Penggunaan perapi tidak berkesan
Kebanyakan perapi yang disapu pada rambut akan dicuci semula hingga ada beranggapan ia tidak mendatangkan sebarang kesan kerana dibersihkan. Perapi bertujuan menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur.
Kebanyakan perapi digunakan setelah selesai mencuci rambut dengan syampu. Selepas beberapa minit dibiarkan pada rambut, perapi akan dibilas, namun dalam tempoh tersebut, ia sudah berfungsi secara optimum. Ini kerana fungsinya membantu membuatkan rambut lebih mudah diatur, lebih bersinar dan lembut sudah tercapai.

6. Uban tumbuh lebih banyak jika dicabut
Ramai beranggapan, apabila mencabut rambut yang beruban, maka ia akan menyebabkan lebih banyak uban yang akan tumbuh. Ini sama sekali tidak benar memandangkan setiap rambut memiliki satu folikel. Mencabut satu helai rambut tidak akan mempengaruhi lainnya. Jadi, apabila anda melihat rambut beruban, jangan takut untuk mencabutnya.

7. Tidur dengan rambut basah penyebab kelemumur
Keadaan yang memudahkan kelemumur tumbuh adalah lembap, berminyak dan panas. Ada beranggapan, tidur dengan rambut baru disyampu dan masih lembap akan menyebabkan kelemumur.
Masalah pada rambut disebabkan diri tidak mementingkan kesihatan dan penjagaan rambut iaitu tidak membersihkan rambut selama berhari hari. Ini akan menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak akibat timbunan minyak yang tidak dibersihkan selama berhari-hari sehingga menimbulkan masalah kelemumur dan sebagainya lagi.

8. Produk penjagaan rambut di spa sama seperti di pasaran
Produk penjagaan rambut di salun kecantikan rambut dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh, salun menyediakan produk khusus untuk merawat rambut berwarna.
Seperti penambahan ekstra serum pada produk dan juga perapi. Manakala produk syampu yang biasa di pasaran adalah untuk kegunaan umum dan tidak terhad untuk tujuan tertentu. Justeru, tidak benar andai dikatakan produk syampu di salun sama bahan dan fungsi seperti mana syampu biasa di pasaran.

9. Produk dengan label semula jadi bebas bahan kimia
Sebetulnya, apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan semula jadi adalah bahan tersebut biasa anda guna ketika di dapur atau ada di kebun. Label yang ada pada sesuatu produk kononnya menggunakan bahan semula jadi adalah semata-mata untuk menarik perhatian. Di dalam syampu misalnya, tetap memerlukan pewarna, bahan pencuci dan sebagainya dan yang pasti ia bukan bahan semula jadi.

10. Rambut nipis lebih mudah rosak
Rambut rosak sebenarnya disebabkan oleh cara menyisir yang salah dan bukannya atas sebab tipis atau tebalnya rambut. Bahkan, penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyisir rambut juga boleh menyebabkan rambut bercabang dan lebih serius lagi ia akan mengalami kerosakan.
Menyisir dengan cara yang salah, terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak. Tetapi, jika anda menyisir rambut mengikut kaedah yang tepat iaitu dengan cara yang lembut, maka rambut tidak mudah rosak.