JOM BUAT DUIT...KLIK AJER

Friday, July 6, 2012

Tips : Penjagaan Rambut

Setiap wanita pasti mengimpikan rambut yang sihat,cantik dan bersinar. Rambut walaupun pendek mahupun panjang tetap akan kelihatan cantik jika sihat dan dijaga rapi. Rambut yang cantik dan sihat bergantung kepada diet yang seimbang. Diet yang tidak seimbang menyebabkan rambut kering, kusam dan gugur.












Berikut adalah tips-tips yang berguna yang anda boleh ikuti untuk mendapat rambut yang sihat dan cantik.




Tips 1
Jangan bergantung kepada alat pengering rambut kerana udara panas dari alat tersebut menyebabkan kekeringan pada batang rambut. Jangan terlalu kerap menggunakannya kecuali pada waktu tertentu sahaja contohnya seperti menghadiri majlis dan sebagainya.




Tips 2
Sinar matahari juga boleh menyebabkan rambut rosak dan kering. Gunakanlah topi, tudung atau payung untuk melindungi rambut anda jika anda melakukan aktiviti di luar.




Tips 3
Lakukan trim rambut sekurang-kurangnya 3 bulan sekali di salun rambut untuk memotong hujung rambut yang kering.




Tips 4
Rambut yang basah harus ditangani dengan berhati-hati. Teksturnya lebih rapuh, mudah patah dan bercabang. Elakkan dari menyikat, menggosok dengan tuala, atau mengikat rambut apabila anda selesai mensyampu rambut. Tunggulah sehingga rambut anda benar-benar kering.




Tips 5
Apabila anda teringin untuk mewarna rambut, pilihlah produk pewarna yang formulanya selamat serta mampu melindungi rambut. Sila merujuk kepada pakar rambut untuk meminta nasihat.




Tips 6
Gunakan syampu yang sesuai dengan kondisi rambut anda agar terhindar daripada kerosakan. Untuk rambut kering, gunakan syampu yang mengandungi 'ceramide' untuk melembab dan menguatkan rambut.




Tips 7
Manakala untuk rambut normal, pilihlah syampu rambut yang mengandungi vitamin E dan B, agar nampak lebih sihat dan bermaya.




Tips 8
Untuk rambut berkelemumur pilihlah syampu yang mengandungi mentol atau zink yang ringan. Tetapi berhati-hatilah kerana formula yang terdapat pada semua syampu anti kelemumur tidak sesuai untuk rambut yang diwarnakan.




Tips 9
Rambut yang diwarnakan perlu dilindungi daripada akar hingga ke hujung rambut. Jika rambut anda sememangnya sudah rosak dan sangat kering, kembalikan keadaannya dengan syampu perawatan yang banyak mengandungi protein dan pelembab.




Tips 10
Apa pun jenis rambut anda. pelembab dan perapi tetap diperlukan. Gunakan perapi ketika bersyampu. Memakai perapi cukup sekadar menyapunya pada rambut, bukan di gosokkan pada kulit kepala. Bilaslah sehingga benar benar bersih agar tidak memancing kelemumur. Sebagai pelengkap lakukan perawatan rambut di salun secara rutin.




sumber : sunsilk/wanita

No comments:

Post a Comment